
Oleh : Aimi Nordin Sumber: Tallypress
Ada sesetengah jenama yang setiap hari kita guna, pakai dan makan dan yakin yang ianya adalah buatan Malaysia tapi sebenarnya sangkaan kita tersasar sama sekali. Contohnya Bata yang rata-rata ingat jenama ni dari Malaysia tapi tak pun.
#1. Bata

Diasaskan pada tahun 1894 oleh Tomáš Baťa, adik lelakinya Antonin dan adik perempuannya Anna yang mana seluruh keluarga merupakan tukang kasut untuk bergenerasi lamanya
#2. Milo

Diperkenalkan pada tahun 1934 oleh seorang ahli kimia industry dan pencipta Australia Thomas Mayne di Sydney Australia
#3. Maggi

Siapa je yang tak suka Maggi ni ? Rasanya favorite semua orang kat Malaysia daripada kanak-kanak sampailah ke orang tua. Malangnya, ni bukan jenama dari Malaysia ya. Di asaskan di Switzerland pada tahun 1872 oleh Julius Maggi
#4. Fraser and Neave (F&N)

Rasanya taks semuanya pun tahu apa makna disebalik F&N kan. Sebut F&N je senang. Ni pun bukan dari Malaysia tapi dari Singapura yang diasaskan oleh John Fraser dan David Chalmers Neave pada tahun 1883.
#5. Nescafe

Kopi paling power kalah kopi hipster, Nescafe. Diperkenalkan oleh Nestle di Switzerland pada 1 April 1938.
#6. AVON

Syarikat jualan langsung dalam kecantikan, barangan rumah, penjagaan diri AVON ditubuhkan oleh David H. McConnell pada tahun 1886 di New York, Amerika Syarikat.
#7. Kopiko

Telah dihasilkan oleh sebuah syarikat produk pengguna PT Mayora Indah TBK di Jakarta, Indonesia.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm