Oleh: Aimi Nordin. Imej dari Google
Hari Guru dah nak dekat. 16 Mei pada setiap tahun adalah hari istimewa untuk guru-guru di Malaysia kerana itu adalah tarikh rasmi bagi menghargai jasa guru-guru kita. Siapa masih ingat lagu yang akan dinyanyikan oleh guru-guru kita pada hari itu? “Kami guru Malaysia, berikrar dan berjanji membimbing dan mendidik putra putri negara kita”. Dalam lagu itu sendiri sudah tertulis apa itu tugas guru.
Jadi sempena Hari Guru yang jatuh pada hari Sabtu ini mesti anda semua teringat zaman sekolah dulu bermacam-macam kenangan betul tak? Apa yang kita buat masa rehat, masa cikgu tak ada, cikgu mesyuarat paling seronok, dan bermacam –macam lagi. Jom flashback kejap kenangan zaman sekolah nak?
#1. Lori Milo
Kita paling bersemangat bila lori Milo dating sekolah. Apa taknya dapat minum Milo free kan. Sanggup beratur panjang ikut kelas masing-masing. Lepastu cawan Milo tu simpan sebab saying nak buang.
#2. Susu Segar
Susu segar ni zaman sekolah dulu siap tulis order lagi berapa nak beli. Tunjuk kat mak bapak esoknya bawa pergi sekolah. Macam-macam perisa ada coklat, jagung, strawberry. Sekarang ni nak cari pun susah atau mungkin harganya berganda mahal.
#3. Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
Dulu masa sekolah ada RMT untuk murid-murid yang kurang berkemampuan untuk beli makanan semasa rehat. Tapi ada juga anda kita salah gunakan. Bila pelajar tu tak dating mulalah mengendeng kat cikgu nak gunakan RMT kad budak tu.
#4. Cikgu tak masuk kelas
Waktu paling seronok adalah waktu semua cikgu ada mesyuarat tak masuk kelas. Jadi pengawas dan ketua kelas akan jaga kelas dan duduk di tempat guru. Siapa buat kesalahan tulis nama atas kertas siap pegang bulu ayam lagi ketuk meja konon garang.
#5. Projek Nilam
Siapa rajin membaca mesti pernah dapat sijil Nilam ni. Tapi betul ke baca tu? Nak penuhkan buku Nilam pergi perpustakaan cari buku yang ada sinopsis kemudian salin bulat-bulat sinopsis tu. Semua pernah buat kan?
#6. Check gigi
Dalam ramai-ramai kawan kita mesti ada yang takut bila doktor dan jururawat datang sekolah nak check gigi. Hati berdebar je tunggu giliran kena panggil dalam kelas pergi ke dewan sekolah untuk check gigi. Tapi bab yang seronok bila jururawat dating sekolah ajar cara-cara gosok gigi yang betul
#7. BCG
Tahukah anda salah satu cara untuk mengetahui anda adalah rakyat Malaysia berdasarkan parut suntikan vaksin BCG di lengan anda. Semua rakyat Malaysia akan ada kesan parut BCG. Punyalah takut nak kena suntik dulu sampai menangis.
#8. Hias Kelas
Setiap minggu akan ada pemenang kelas terbersih. Jadi berlumba-lumba hias kelas. Pasang langsir cantik, meja mesti ada skirting, kat belakang akan ada board untuk setiap subjek dan paling penting duty roaster siapa yang bertugas. Bila cikgu yang check markah dating kalau boleh semua sampah masuk bawah meja sebab takut markah sikit.
#9. Rombongan sekolah
Selalunya rombongan sekolah ni rombongan sambil belajar. Pergi Pusat Sains Negara, Muzium dan macam-macam lagi. Sekali sekala keluar daripada sekolah naik bus jalan –jalan dengan kawan-kawan. Cuba tengok balik gambar zaman sekolah pergi rombongan mesti malu sebab tak stylo macam sekarang
#10 Sambutan Hari Guru
Kenapa kena sambut Hari Guru? Sebab ini adalah satu-satunya majlis yang bukan guru aturkan tetapi murid-murid. Sehari sebelum sambutan Hari Guru mesti sibuk ajak mak bapak pergi cari hadiah untuk cikgu favorite kan? Balut cantik-cantik, beli kad, beli bunga sebagai tanda anda semua hargai cikgu anda.
Selamat Hari Guru buat semua warga pendidik. Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.