Oleh Feyra Nasrom Sumber Facebook
Wah kemain lagi mak perempuan ni usik anak dia, ingatkan yang suka buat prank macam ni cuma sahabat sekeliling kita je, rupa-rupanya, mak pun dah sama naik, malah, prank anak sendiri pulak tu.
Perbualan menunjukkan mak perempuan ini menguji anak perempuannya dengan menyamar sebagai lelaki di laman sosial Wechat. Tujuannya, ingin melihat samada anaknya memberi respon yang positif atau tidak terhadap lelaki yang tidak dikenali. Di pengakhiran perbualan tu yang boleh bikin korang gelak! Kalau korang nak tahu, baca perbualan mereka berdua ni :

Lawak betul baca perbualan mak dengan anak ni. Nasib baik si anak tak melayan, kalau tidak, apa agaknya mak budak ni buat ek? Korang punya mak macam mana? Sukat menyakat macam ni tak? Kongsi la sikit dengan kami ! haa jadi kepada anda semua, berhati-hati ketika ingin bertegur atau menyapa sesiapa yang belum dikenali terutamanya di media sosial, ada dua sebab. Pertama : Faktor Keselamatan. Kedua: Kena prank dengan mak sendiri macam ni ! kalau tersilap layan, tak pasal-pasal malu setepek hinggap dekat muka.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm