
Oleh: Aimi Nordin Sumber: BHarian
Nampaknya ada pihak yang kurang senang dengan lakonan mesra dan kelakar Siti Elizad dan Amar Baharin dalam drama Si Kolot Suamiku yang disiarkan di saluran Astro Ria. Bagaimanapun, Elizad langsung tak berkecil hati namun ambil segala kritikan tersebut sebagai suatu yang positif.
"Jujurnya, saya mengambil perkara ini secara positif. Baik atau buruk komen yang diberi, semua itu hak mereka dan ia tidak mengganggu saya sebagai pelakon.
"Saya menghormati komen terbabit kerana mereka juga sebahagian daripada penonton yang menaikkan 'rating' tontonan drama ini. Bagaimanapun, saya memohon maaf jika ada pihak kurang senang dengan lakonan mesra itu," katanya kepada BH Online
Ramai yang kurang senang antara babak yang mesra seperti di atas katil memandangkan Elizad sudah berkahwin. Drama tersebut mendapat tontonan tinggi dengan lebih 3 juta tontonan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm