
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Indian Express
Siapa yang tak kenal pelakon lagenda Hindustan Amitabh Bachchan yang popular dengan filemnya seperti Mohabbatein, Kabhi Kushi Kabhi Gam dan banyak lagi. Menerusi satu video yang dimuat naik di Youtube, Amitabh Bachchan membaca surat penuh nasihat dan kasih sayang buat dua orang cucunya perempuannya iaitu Aaradhya dan Navya Naveli.
Beliau sengaja memuat naik video tersebut di Youtube bukan sahaja cucunya boleh tengok tapi buat semua cucu perempuan di luar sana. Antara isi kandungan surat tersebut Amitabh meminta mereka sebagai perempuan buat pilihan hidup mereka bukan atas desakan orang lain dan jadi diri sendiri.
Tengok video di bawah ni buat semua perempuan khususnya..
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm