
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Instagram @neelofa
Walaupun drama Suri Hati Mr Pilot sudah lama berakhir tapi nampaknya peminat sudah terlalu obses dengan Neelofa dan Fattah Amin. Tak salah mendoakan mereka, tetapi jika memberi tekanan kepada mereka berdua kan tak bagus tu.
Bukan itu sahaja, Neelofa ada memuat naik kapsyen panjang di Instagram miliknya malam tadi menyatakan dia sedikit trauma dan inginkan ruang buat dirinya, Fattah dan keluarga mereka. Neelofa seakan kecewa apabila orang luar seakan lebih arif perihal dirinya dan Fattah berbanding keluarganya sendiri.

Ada betulnya apa yang Neelofa katakan. Biarlah mereka menjalani kehidupan seperti biasa dan kita sebagai peminat doakan yang baik-baik sahaja ya? Kalau dah jodoh tak ke mana kan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm