
Oleh: Aimi Nordin Sumber: Mstar
Fazura acap kali dikecam setiap kali membuat persembahan nyanyian. Namun, nampaknya ianya tidak menghalang penyanyi tersohor Indonesia, Afgan untuk berduet dengan Fazura dalam konsert Slides di Miri, Sarawak pada 24 Disember ini.
"Tidak adil untuk terus menilainya hanya kerana kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
"Saya sebagai penyanyi juga bukan selalunya sempurna ketika mengadakan persembahan dan seharusnya dia diberi peluang untuk membuktikan diri.
"Saya yakin dengan kredibilitinya sebagai penyanyi walaupun kami tidak pernah bekerjasama sebelum ini," katanya kepada mStar Online.
Sebelum setuju Afgan terlebih dahulur mendengar nyanyian Fazura dan menonton klip videonya di Youtube.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm