Sumber: Rotikaya Oleh: Aimi Nordin
Jika tahun lalu, Nabil mengerjakan umrah di bulan puasa. Pada tahun ini dia berpeluang sekali lagi untuk menghabiskan 10 hari terakhir Ramadan di kota suci ditemani isteri tersayang.
Nabil akan pergi pada 27 Jun ini sehingga 4 Julai.
“Alhamdulillah 10 malam terakhir saya akan bersama isteri berpuasa di Mekah sambil mengerjakan umrah. Jemputan ini sebenarnya untuk penggambaran “Perjalanan Haji Nabil” secara tak langsung saya dapat bawa isteri sekali ke sana. Lagipun isteri saya pertama kali ke sana”
“Saya tak nafikan sungguh teruja nak ke sana bersama isteri, saya harap masing- masing mendapat kebaikan dan kelebihan bersama di tanah suci,” katanya kepada Rotikaya.
Walaupun hanya berada di sana selama 8 hari sahaja, Nabil berat hati mengenangkan ibunya yang kurang sihat. Namun, Nabil sedikit lega kerana adiknya yang baru habis belajar ada di rumah untuk menjaga ibunya.
“Berat hati juga, tapi adik saya memang baru habis belajar di rumah sahaja. Alhamdulillah agak senang untuk saya bergerak." akhiri Nabil.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm