Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Beberapa hari lalu, Faye Kusyairi ada memuat naik satu gambar beserta kapsyen yang agak pedas dan mendalam. Ramai mendakwa Faye menulis kapsyen itu untuk memerli Elly Mazlein memandangkan Faye dituduh sebagai orang ketiga punca keretakkan rumah tangganya.
"Gambar itu sebenarnya diambil ketika saya dilanda gosip itu dan masa itu hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan saya terpaksa meneruskan kerja walaupun hati tidak tenteram.
"Jadi saya memuat naik gambar itu dengan kapsyen luahan hati hanya untuk diri sendiri sahaja, maklumlah saya dahulu penulis blog dan suka menulis, jadi saya menulis apa yang saya gambarkan ketika itu," ujarnya ketika ditemui
Bagaimana pun , Faye menjelaskan itu hanyalah luahan perasaan yang dirasa dan dilaluinya tanpa menuduh dan memerli mana-mana pihak pun.
Faye tetap akan meneruskan mengambil tindakan undang-undang berkenaan rumah ibu bapanya diserbu jabatan agama islam.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm