
Oleh: Aimi Nordin Sumber: BHarian
Teka teki hubungan pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol JDT, Izham Tarmizi Roslan terjawab selepas mereka bakal memilih satu tarikh pada Januari 2017 untuk mengikat ikatan perkahwinan.
"Setakat ini, memang Januari akan menjadi saksi ikatan cinta kami." katanya.
"Insya-Allah, lusa saya akan melancarkan minyak wangi sendiri, Sweetness by Mia Ahmad. Lebih daripada itu, saya juga akan berkongsi berita baik dengan rakan media.
"Saya mahu kongsi semuanya serentak dengan rakan media yang menyokong saya selama ini," katanya yang melakukan sesi bergambar pra perkahwinan di New Zealand baru-baru ini.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm