Oleh Syazwan Aizad. Sumber MStar Online. Kredit foto .

Penyanyi yang juga kakak kepada penyanyi terkenal negaram Datuk Siti Nurhaliza iaitu Saida memilih untuk melangsungkan pernikahan dengan cinta hatinya, Apit atau nama sebenarnya Hafiizh Che Mat, dengan sekali lafaz. dalam satu majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup di Masjid Al Muklisin, Alam Damai Cheras.

Apit yang bekerja dalam perkhidmatan pengurusan acara, kamera video dan produksi menyerahkan mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran RM10,000 kepada Saida. Saida menerima tiga dulang hantaran dan dibalasnya dengan jumlah lima kepada suami.
Pasangan ini mula mengenali sejak empat tahun lalu.
Saida pernah mendirikan rumah tangga dengan Mohd Ghazali Yahya Zikri pada 14 Disember 1996, namun berpisah pada 7 Oktober 2011. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Siti Nurunnyssa, Anas, Khalid dan Siti Nurul Mashitah. Apit juga mempunyai dua orang anak menerusi perkahwinan terdahulu.
Apa pun, tahniah kami ucapkan daripada ERA fm!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm