Oleh Syazwan. Sumber Astro Awani.

Pelakon remaja 22 tahun yang mempunyai senyuman manis dan pernah digosipkan dengan pelakon daripada seberang, Baim Wong, Elfira atau nama sebenarnya Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri akui status dirinya masih solo.

Menurut Elfira, dia masih belum terfikir untuk menjalinkan hubungan sebaliknya mahu memberikan fokus terhadap kerjayanya.
“Saya rasa tak perlu tergesa-gesa untuk mencari pasangan memandangkan usia saya masih muda.
“Saya akui bila berada dalam industri ramai yang kerap bertanya mengenai status saya, tapi bila saya fikir kembali kembanyakan mereka yang seusia saya ramai yang baru habis belajar.
“Jadi kenapa saya nak terkejar-kejar fikirkan tentang perkahwinan, saya rasa dengan umur 22 tahun inilah masanya untuk ‘built up’ kerjaya saya,” katanya kepada Astro Gempak.
“Saya tak sorokkan apa-apa dan ya saya masih solo, saya okay saja kalau ada sesiapa yang nak berkenalan.

“Cuma saya nak beritahu saya lebih sukakan kalau berkenalan dengan cara tradisional di mana mereka perlulah berjumpa dengan keluarga saya.
“Saya rasa cara itu lebih baik dan saya rasa tak ramai lelaki yang berani untuk melakukan perkara itu,” ujarnya.