
Oleh Feyra Nasrom Sumber mstar
Sebelum ini, pelakon Uqasha Senrose pernah menjalankan satu perniagaan tudung dibawah jenamanya sendiri iaitu Uqasha Senrose collection pada September tahun lalu namun terhenti separuh jalan selepas mengetahui dirinya ditipu oleh rakan kongsi.
Kata Uqasha, perjanjian pada awal perniagaan dikatakan bakal dikongsi sama rata namun disebaliknya lain pula jadi selepas Uqasha menandatangani kontrak tersebut.
Dia sering memberitahu jualan tidak bagus selain memberi pelbagai alasan apabila saya bertanya tentang perniagaan kami.

Selain itu, Uqasha hanya menerima RM 5000 sahaja sebagai ganjaran selama 9 bulan mereka bekerjasama. Bukan itu sahaja, rakan kongsi Uqasha sering kali berdolak dalik dan memberitahu hasil jualan tidak bagus apabila Uqasha menyoal beberapa perkara mengenai jumlah pendapatan yang diperoleh hasil jualan tudung mereka.
Uqasha akui sangat kecewa kerana ditipu rakan kongsi sendiri dan bertindak untuk tidak meneruskan lagi kerjasama mereka dan sejak dari itu, Uqasha enggan lagi ingin bekerjasama dengan sesiapa dan akan mengusahakan perniagaan sendiri tanpa melibatkan orang lain.
Ditanya mengenai jumlah pelaburan, Uqasha enggan mendedahkan nilai kerugaian yang dialami kerana tidak ingin lagi mengenangkan malang yang pernah terjadi.