
Oleh Feyra Nasrom Sumber Mangga online
Kedua–dua selebriti iaitu Aedy Ashraf dan Fasha Sandha tampil membuat penjelasan bahawa hubungan tidak lebih seperti kakak dan adik dan tiada hubungan istimewa terjalin antara mereka.
Berkenaan isu bekas suami Fasha iaitu Jejai bertindak memberi amaran kepada Aedy agar tidak berteman rapat lagi dengan Fasha menimbulkan kekecohan sehingga menjadi bualan orang ramai di media sosial.

Jelas Fasha, mereka sememangnya rapat disebabkan Fasha sudah mula bekerja dengan Aedy dengan terlibat dalam beberapa drama sejak dia kecil lagi. Kini mereka digandingkan bersama dalam drama Lara Aisyah yang mempunyai sebanyak 100 episod. Jadi, perjalanan penggambaran agak panjang dan sudah tentu akan sering kali bertemu di set penggambaran.
Sekarang pula saya dan Aedy berlakon sama di dalam drama Lara Aishah sebanyak 100 episod. Jadi, sudah tentu kami banyak berada di lokasi kerana penggambaran drama ini begitu panjang. Saya panggil dia adik. Kami dah macam adik dan kakak.
Aedy juga turut menjelaskan perkara yang sama dan menganggap insiden yang berlaku antara Jejai cuma salah faham sahaja.
Tambah Fasha , beliau tidak akan teragak-agak untuk mendedahkan butiran laporan polis yang dibuat terhadap Jejai jika suatu hari keadaan memaksa untuk dia bertindak sedemikian. Fasha juga yakin tindakan yang dibuat adalah benar walaupun sudah tahu perkara ini akan tersebar di media sosial dan juga akhbar. Pelakon ini juga menganggap apa yang terjadi sudah ketentuan takdir dan perit atau tidak, hidup harus diteruskan juga.