← Back to list
Uqasha Senrose Ganti Watak Maya Karin Dalam Ombak Rindu
Mar 03, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH/ Ig @uqashasenrose
Tidak lama lagi akan berlangsungnya pementasan teater Ombak Rindu yang akan diadakan bermula 22 April depan di Istana Budaya, jika sebelum ini kita menyaksikan watak utama, Izzah yang merupakan seorang perempuan baik dan tulus hatinya dijayakan oleh pelakon berbakat besar Maya Karin, tetapi tidak kali ini kerana karakter tersebut sudah pun menjadi milik Uqasha Senrose.
Menerusi laman instagram Uqasha, beliau ada memuat naik satu video memberitahu perasaan terujanya memegang watak Izzah untuk teater yang bakal dipentaskan tidak lama lagi. Ini buat julung kalinya, penglibatan Uqasha dalam pementasan teater, sebelum ini beliau ada menerima banyak tawaran dari Istana Budaya untuk berlakon teater, namun Uqasha sendiri menolak atas alasan belum bersedia untuk mengambil risiko.
A video posted by @uqashasenrose2 on
"
Saya memang terkejut dengan peluang ini kerana watak berkenaan bukan calang-calang. Ia pernah dilakonkan oleh Maya yang diakui sangat hebat bakatnya. Jujurnya, saya berfikir banyak kali untuk menerima tawaran ini.
"Begitupun selepas diyakinkan Kak Roy, saya menyahut cabaran berkenaan. Sudah tiba masanya juga saya mencabar kemampuan diri. Sebelum ini saya pernah beberapa kali mendapat tawaran dari Istana Budaya untuk berlakon teater, begitupun saya menolaknya kerana belum berani mengambil risiko. Insya-Allah saya akan cuba berikan yang terbaik untuk watak Izzah ini”
Kak Roy atau nama penuh Siti Rohayah Attan selaku penerbit yang menawarkan watak Izzah ini dan menurutnya, Uqasha bakal membawa dua watak dalam pementasan teater Ombak Rindu ini.
Selain Uqasha , teater Ombak Rindu juga turut dibintangi oleh pelakon-pelakon hebat tanah air, dan antaranya ialah Keith Foo, Zarina Zainoordin, Izzue Islam, Karl Shafek dan ramai lagi.
← Previous
Lisa Surihani Tidak Suka Dedah Identiti Anak Di Media Sosial
Next →
Lara Alana Bakal Muncul Dalam Program TV?