Oleh Feyra Nasrom. Sumber UM
Ramai netizen yang menyukai cara Awal Ashaari dan Scha Alyahya membesarkan puteri mereka , Lara Alana. Dan khabarnya, kedua pasangan ini dikatakan dalam proses berbincang ingin mewujudkan satu program khas dimana mereka akan berkongsi pengalaman membesarkan Lara Alana kepada orang ramai.
“Kami mendapat tawaran untuk membuat sebuah program berkonsep ke-ibubapaan. Bagaimanapun masih tidak tahu sama ada berbentuk realiti atau tidak memandangkan masih dalam proses perbincangan
Tambah Awal lagi, bukan ingin melabel diri mereka sebagai ibu bapa terbaik, namun mereka sekadar ingin berkongsi pengalaman mereka sebagai ibu bapa dalam membesarkan Lara Alana disamping menggengam peluang yang ditawarkan kepada mereka sekeluarga.
“Saya berasa amat teruja dan gembira diberi peluang ini. malah tidak sabar ingin menceritakan kehidupan sebenar kami sekeluarga kepada orang ramai, jadi tidak salah jika saya dan Scha mengambil langkah berkongsi perkara yang kami lalui sebagai ibu bapa ”
Seawal usia 1 tahun 7 bulan , Lara Alana sudah pun mempunyai akaun instagram sendiri dan pengikutnya mengalahkan selebriti terkenal tempatan. Menurut Awal, wujudnya akaun instagram itu sekadar ingin berkongsi rutin harian Lara Alana dari hari ke hari namun tidak pernah menyangka pengikutnya meningkat sehingga 1.5 juta, malah Awal tidak pernah berniat ingin meraih populariti buat Lara. Meskipun ada sesetengah pihak mengkritik mereka, Awal tidak memandang perkara itu sebagai satu masalah besar malah beliau akan tetap meneruskan berkongsi rutin harian Lara di Instagram.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm