
Oleh Ina Mohd. Sumber Instagram Syamsul & Sarah.
Kalau diperhatikan sekarang mudah untuk kita membeli belah terutama pakaian kerana terdapat pelbagai tempat yang menyediakan penjual menjual produk mereka. Jika dahulu ramai penjual menyertai bazar untuk memperkenalkan tidak kira apa produk yang mereka jual. Sekarang tidak perlu pening kerana ada pihak tertentu yang menyediakan ruang yang lebih selesa untuk menjual barang.
Terbaru, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof dan isteri, Puteri Sarah telah membuka sebuah tempat untuk penjual-jual ini memperkenalkan produk mereka. Diberi nama Shara Islamic Fashion World, butik ini terletak di Bangsar dan mula beroperasi 10 Ogos.
Menerusi laman Instagram Syamsul, Shara Islamic Fashion World menyediakan ruang untuk penjual yang menjual pakaian wanita dan lelaki, hijab, aksesori, kasut, bag dan juga produk kecantikkan. Dalam sibuk berlakon dan mengarah nampak gayanya Syamsul menambah lagi profesionnya sebagai pemilik butik pula.
Tetapi ia mudah kerana pasti Syamsul mempunyai pekerja yang akan membantu dalam kerja-kerja tertentu. Manakala Puteri Sarah pastinya mengawasi segala gerak langkah perjalanan butik tersebut. Semoga perniagaan ini berjaya dan menampilkan kelainan kepada pelanggan. Tahniah buat Syamsul dan Sarah. Bagi anda pula, apa lagi, mari shopping!
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm