
Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @laraalana
Ada sebab kenapa tidak boleh cium Lara Alana sesuka hati. Puteri kesayangan pelakon dan pengacara terkenal Awal Ashaari dan Scha Alyahya didapati terkena ruam merah di pipi akibat dicium oleh orang ramai.
Di akaun instagram Lara sendiri, satu gambar serta penjelasan dimuat naik untuk memberitahu orang ramai agar tidak perlu mencium Lara lagi tetapi hanya selfie sahaja dibenarkan selepas ini.
Bila Mommy or Daddy kata jangan kiss Lara, bukan sebab diorang eksyen or sombong, sebab Lara ni ada eczema. Lipstick merah yg Auntie semua pakai tu can cause this to my face. So next time if jumpa Lara, takyah kiss / gomol / picit / pegang okay? Kita selfie je. Harap semua faham

Jelas Awal dan Scha, mereka bukan berlagak sombong dan sebagainya, perkara tersebut terpaksa dielakkan demi kesihatan Lara Alana. Mungkin ada sesetengah pihak tidak memahami keadaan orang lain dan disebabkan itu tercetusnya perbalahan dan kritikan.