
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Penyanyi yang terkenal menerusi aplikasi Smule Khai Bahar dilaporkan mengalami tekak berdarah akibat kerap menyanyi lagu bernada tinggi.
Jelas Khai, hampir setiap hari dia dijemput untuk menyanyikan lagu bernada tinggi iaitu Sudah Ku Tahu dari projector Band sehingga mengakibatkan luka di tekak.
Dalam sehari, saya mempunyai tiga acara di lokasi berbeza. Kerana kerap membawakan lagu bernada tinggi, tekak saya berdarah.

Khai juga terpaksa membatalkan nyanyiannya untuk persembahan akan datang untuk mengelakkan luka tersebut jadi semakin parah. Walau bagaimanapun, Khai tidak menyalahkan pihak penganjur yang sering meminta dia menyanyi lagu bernada tinggi kerana sudah menjadi tugasnya sebagai seorang penyanyi
"
Bukan senang untuk orang memanggil kita membuat persembahan. Apabila peluang berada di depan mata, saya ambil sebaik-baiknya.
Khai kini artis yang bernaung di bawah syarikat NAR records berkata tidak pernah menganggap permintaan orang ramai sebagai satu bebanan baginya. Malah ianya satu peluang yang harus digenggam.