
Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Pelakon Amar Baharin pernah digossip akan berkahwin dengan Amyra Rosli tahun lalu dan kini timbul pula khabar angin yang mengatakan mereka sebenarnya sudah bertunang? Nampak gaya, peminat memang betul-betul ingin lihat mereka bersama sebagai pasangan kekasih ya? Gossip ini bertebaran di media sosial sehingga Amar sendiri tampil memberi penjelasan.
Menurut Amar, isu sudah bertunang dengan pelakon, Amyra Rosli itu cuma gossip semata-mata dan dia mendakwa cerita itu hanya rekaan sahaja. Tambah Amar, isu ini bukan pertama kali dihadapi malah sudah berkali-kali. Pelakon itu turut berkata tiada apa yang perlu dirahsiakan jika dirinya sudah mempunyai calon untuk berkahwin.
“ Buat apa saya nak menipu kalau memang perkara itu tidak berlaku. Seperti saya pernah katakan dulu, kalau betul ada apa-apa khabar gembira saya akan kongsikan dengan semua. Tidak kira sama ada wanita itu Amyra atau orang lain, saya tidak akan berahsia ”
Walaupun dikatakan rapat antara satu sama lain sebagai rakan, Amar juga tidak menolak sekiranya Amyra dijodohkan bersama. Apa yang diharapkan agar diri dipertemukan calon dengan cepat dan Amar akui dia sudah bersedia untuk berkahwin dan berkeluarga.