
Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan
Pelakon dan pengacara jelita, Fauziah Gous dikatakan sudah 2 tahun tidak aktif dalam dunia lakonan dan ramai beranggapan pelakon ini sudah ingin bersara dalam industri lakonan. Walau bagaimanapun, Fauziah menafikan berita tersebut dan masih ingin meneruskan bidang itu sebagai kerjaya.
“Tidak benar kalau ada yang kata saya sudah tidak mahu menerima sebarang tawaran lakonan lagi. Saya juga belum mahu berhenti terus dari bidang seni, masih mahu menjadikan ia sebagai kerjaya.

Kata pelakon ini,dia terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon yang diberi atas faktor ketidaksuaian watak dan juga ingin lebih fokus kepada bidang pengacaraan. Sebagai seorang isteri dan ibu, tidak semua watak yang sesuai untuk dibawa memandangkan dirinya sudah berstatus seorang isteri dan dari segi pengurusan masa pula, Fauziah lebih memilih untuk memberi perhatian kepada anak.
“Lagipun selepas berkahwin, barulah saya faham apa itu rezeki berumah tangga dan rezeki anak yang sering diberitahu sebelum ini”
“Saya korbankan sesuatu yang saya suka untuk anak. Alhamdulillah, saya diberi rezeki yang lebih lagi kini”
Walaupun jarang kita lihat Fauziah Gaos muncul dikaca tv sebagai pelakon, namun rezeki ke arah lain lebih banyak yang datang dan Fauziah sendiri sanggup mengorbankan sesuatu yang dia minat untuk memastikan tanggungjawabnya sebagai isteri dan ibu terlaksana dengan sebaiknya.