
Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Sudah tidak asing lagi bagi Ruhainies dengan pujian orang ramai yang mengatakan wajahnya seiras dengan pelakon popular Nora Danish, malah sejak di bangku sekolah lagi, rakan-rakan juga turut mengatakan perkara yang sama.
“Ramai menganggap wajah saya macam Nora Danish. Pujian itu bagaimanapun terlalu tinggi untuk saya. Nora sendiri ialah idola saya sejak dulu. Nora sangat hebat dan sudah berada pada tahap terbaik dalam kerjaya seninya”
Dengan rendah diri, Ruhainies menidakkan perkara tersebut. Nak dibandingkan dirinya yang baharu lagi terlibat dalam dunia seni, masih banyak perkara yang harus dipelajari malah, Nora Danish jauh lebih hebat berbanding dirinya.
Bagaimanapun, tiada langsung niat terdetik ingin tumpang populariti Nora Danish walaupun memiliki raut wajah yang sama. Segala yang terjadi hanya kebetulan dan Ruhainies hargai segala pujian dan perbandingan yang dibuat. Ruhainies juga berharap kehadiran beliau dalam arena seni akan mencorakkan lagi bakat baharunya akan datang.
Yang mana satu Nora Danish dan Ruhainies? haah sama la!!