Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan
“Saya tak pernah nak ambil kisah orang nak kata apa, sebab kami tak pernah minta apa-apa daripada mereka. Mulut manusia, biasalah. Kalau saya nak terasa dengan kata-kata orang kat laman sosial tu, kurus kering jadinya. Nanti bila mereka dah bosan, berhentilah memberi komen tu.”
Walaupun ramai netizen mengkritik gaya kehidupan Che Ta, namun semua itu tidak diendah sama sekali oleh pelakon yang berusia 43 tahun ini. Baru-baru ini, niat Che Ta ke tanah suci Mekkah dipersoal oleh orang ramai setelah melihat cara pemakaian beliau yang dikatakan agak keterlaluan ketika berada di sana. Ada yang menuduh Che Ta hanya ingin berfesyen semata-mata, dan ada juga yang menuduh Che Ta hanya ingin menayang kemewahan beliau kepada orang ramai.
Segala tohmahan dan tuduhan yang dilempar langsung tidak dipandang, Che Ta hanya biarkan sahaja semua itu berlalu. Dah jadi selebriti, mental kena kuat habis , nak melayan apa orang cakap satu-satu sampai ke sudah takkan habis! Apa-apa pun , walaupun bergelar selebriti atau tidak, kita tidak berhak menilai ibadah seseorang. Doakan sahaja yang baik-baik, daripada menuduh perkara yang bukan-bukan, tak pasal-pasal diri sendiri dapat dosa haa.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm