
Oleh Feyra Nasrom
Tanggal 16 April 2016 ini, ratu rock Malaysia Ella bakal bertemu peminat di Stadium Melawati Shah Alam sempena konsert yang bakal berlangsung setelah 15 tahun tidak beraksi di atas pentas.
Menurut Ella , atau nama sebenar Norzila Aminuddin , 49, persediaan konsert segalanya sedang berjalan dengan lancar dan beliau kini sedang gigih menurunkan berat badan di gym sebelum tiba hari konsert.
Rutin harian Ella dikatakan bersilih ganti dengan latihan dan juga senaman. Sedang sibuk menyiapkan diri di hari konsert, Ella juga gigih bersenam di gym setiap hari selama satu jam untuk menurunkan berat badan.
Bercakap mengenai persediaan diri, Ella mengutarakan rasa teruja dan tidak sabar untuk membuat persembahan disamping konsert kali ini menampilkan barisan-barisan pemuzik handalan tanah air. Walaubagaimanapun, Ella akui disebalik rasa teruja itu, beliau sebenarnya berasa gementar untuk beraksi bersama pemuzik legend Malaysia iaitu Lord dan Man Kidal. Selaku pengarah muzik di hari konsert tersebut, Man Kidal akan menggegarkan lagi stadium Melawati dengan kehebatan beliau sebagai gitaris terkenal Malaysia.
Ini peluang yang ditunggu-tunggu oleh Ella untuk beraksi bersama mereka. walaupun sudah terlalu lama tidak sepentas bersama, Ella percaya dan berjanji akan memberikan yang terbaik buat peminat. Selain itu, kumpulan Search dan juga Bunkface akan melakukan persembahan di permulaan tirai konsert itu berlangsung.
Setakat ini, penjualan tiket dimaklumkan berjalan dengan baik, sudah 60 peratus terjual dan nampak gayanya, malam gemilang Ella bakal dipenuhi dengan ribuan peminat.
Ella ditemui ketika di acara Flashmob bersama Ella menampilkan 110 pemuzik dari pelajar jurusan Muzik, Akademi Seni dan Warisan Kebangsaan ( ASWARA) dengan diiringi lagu Permata Permotong Permata yang dinyanyi oleh Ella sendiri. Sidang media konsert ini berlangsung pada 16 March bertempat di Matic Kuala Lumpur dimeriahkan lagi dengan pelbagai gimmick yang menarik.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm