← Back to list
Rozita Che Wan Tunaikan Umrah Bersama Keluarga
Mar 03, 2016

Oleh Feyra Nasrom . Sumber IG Rozita Che Wan
Selain berkongsi pengalaman bercuti ke tempat-tempat menarik di akaun instagramnya, Pelakon Rozita Che Wan kini dilihat sedang dalam perjalanan ingin menunaikan ibadah umrah bersama dengan keluarga tercinta. foto yang dimuat naik ke laman instagram bersama dengan 3 orang anaknya dan juga sahabat rapat yang lain menunjukkan mereka sedang bersiap sedia ingin menjejakkan langkah ke tanah suci.
Kali ini perjalanan Che Ta ke Makkah tidak disertai sekali dengan suaminya, Zain Saidin. Che Ta juga dikhabarkan mula berhijab setelah pulang dari Mekkah ketika dahulu dan semoga penghijrahannya ke tanah suci pada kali ini dikurniakan lagi dengan limpahan keberkatan dan kesejahteraan buat sekeluarga. kami dari ERA fm mendoakan Che Ta serta keluarga selamat pergi dan kembali. Semoga segalanya dipermudahkan dan mudah-mudahan berjalan dengan lancar.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Remy Ishak Kini Sedang Bercinta?
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha