← Back to list
Rizal Halim, Rakyat Malaysia Pertama Mengarahkan Filem di Australia
Feb 17, 2016
Oleh Ina Mohd. Sumber Free Malaysia Today
Impian pengarah ini bakal menjadi kenyataan. Karya sulung arahannya, Lurking Wood telah mendapat perhatian di Perth, Australia. Rizal Halim memberitahu filem bercorak suspense thriller ini dalam proses rundingan dengan pengedar filem di peringkat antarabangsa. Dia mengharapkan filem tersebut dapat ditayangkan tidak lama lagi.
“Filem ini sangat mendebarkan dan semasa pratonton di Perth, Australia, kami mendapat respons menggalakkan daripada penonton hingga ada yang menangis ketika menonton filem ini. Saya tidak sabar untuk tayangkan filem ini di Malaysia kerana sangat berbesar hati untuk berkongsi karya ini di tanah air sendiri,” katanya.
Rizal berkata, anak tempatan lain yang terlibat dengan penerbitan filem itu ialah penerbit, Rod Manikam yang merupakan pemilik Rodman Pictures Pte Ltd yang berpangkalan di Perth, Australia dan Desmond Hew sebagai penulis skrip. Kesemua kru dan pelakon utama filem itu adalah warga Australia. Rizal turut merancang untuk menghantar filem tersebut ke pelbagai festival filem di peringkat antarabangsa.
Rizal tidak mahu bercerita lebih mengenai Lurking Wood kerana dia mahu semua filem tersebut apabila dapat di tayangkan kelak. Tahniah Rizal, kerana anda rakyat Malaysia pertama yang mengarah di Australia. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi anda.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
Filled Under :
pengarahdiaustralia rizalhalim lurkingwood
← Previous
Amar Baharin Akan Muncul Dengan Lagu Baru
Next →
Shah Rukh Khan Kena Halau Dengan Pelajar Kolej