← Back to list
Persiapan Selebriti Tanah Air Menjelang AME 2016
Feb 19, 2016

Tidak lama lagi akan berlangsungnya malam kemuncak Anugerah Meletop Era (AME 2016) yang akan bersiaran secara live di Pusat Konvensyen CIDB, Kuala Lumpur pada 28 Februari ini.
Malam berprestij ini merupakan satu penganugerahan bagi memartabatkan karya seni artis di tanah air ini dan semestinya tidak lengkap jika malam gemilang ini tanpa kehadiran selebriti-selebriti terkenal Malaysia bagi memeriahkan lagi Anugerah pada malam tersebut.
Sekali lagi AME 2016 sudah pasti menjanjikan persembahan hebat daripada selebriti-selebriti hit tanah air seperti Dato’ Siti Nurhaliza, SonaOne, Akim dan Stacy, DeFam, dan ramai lagi pemilihan artis terkemuka yang akan membuat persembahan.
Apa yang lebih menarik, red carpet yang disediakan nanti akan menjadi saksi pelbagai jenis fesyen yang akan diperagakan oleh artis-artis termuka tanah air. Menerusi laman instagram artis yang dilihat, pelakon cantik Mira Filzah dan penyanyi genre Hip-Hop, Waris memuat turun gambar mereka yang sedang selesai fitting baju katanya?
A photo posted by OFFICIAL Mira Filzah ✨ (@mirafilzah_) on
A photo posted by With All due Respect I Speak (@warisn9) on
Wah pastinya semua peminat hiburan tanah air kita ni tak sabar nak tunggu penampilan istimewa selebriti-selebriti di Anugerah Meletop Era tak lama lagi, ya tak? Confirm semuanya meletop ! Jangan lupa untuk vote artis pilihan anda untuk AME 2016 ini tau !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Shukri Yahaya Bakal Jadi Bapa
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha