← Back to list
Penyanyi Filem Box Office Kuch Kuch Hota Hai Meninggal Dunia
Jan 19, 2016

Sumber MalaysiaKini.
Penyanyi yang menyumbangkan suaranya untuk filem yang mendapat box office, Kuch Kuch Hota Hai meninggal dunia di sebuah hospital di India.
Penyanyi yang bernama Manpreet Akhtar ini, 55 , menghembuskan nafas terakhir pada jam 12.30 malam tadi akibat masalah jantung dan pendarahan dalam otak kerana saluran darah pecah.
Wanita ini dikenali dengan gaya nyanyiannya yang sungguh klasik dan dia juga sering dipilih untuk menyumbangkan suara dalam filem Hindi dan Punjabi.
Antara lagu popularnya yang menjadi siulan ramai ialah Tujhe Yaad Na Meri Aye untuk filem Kuch Kuch Hota Hai.
Kuch Kuch Hota Hai merupakan filem genre komedi romantic yang menampilkan gandingan pelakon ideal yang disukai ramai iaitu Shah Rukh Khan dan Kajol. File mini mula ditayangkan pada 16 Oktober 1998.
Filem box office ini menjalani penggambaran di Mauritius dan Scotland.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Benarkah Will Smith Bersiar-Siar Di Mid Valley?
Next →
Kes Cemburu Gaun Cantik, Anzalna Enggan Ambil Tahu Siapa Pelakon Berkenaan