← Back to list
Peminat Hantar Resume Lengkap Untuk Pinang Mira Filzah
Mar 24, 2016
Oleh Feyra Nasrom Sumber RK
Pelakon yang kian popular dalam dunia hiburan, Mira Filzah, 23 berkongsi pengalaman beliau di kalangan peminat yang begitu fanatik sehingga ada di antara mereka secara serius ingin melamar Mira Filzah. Bukan sahaja memikat menerusi sosial media, malah ada yang menghantar resume tunjuk kelengkapan diri semata-mata ingin melamar pelakon cantik ini.
Namun, Mira Filzah anggap perkara itu cuma biasa sahaja dan beliau sendiri tahu dirinya belum cukup bersedia lagi untuk memikirkan soal perkahwinan. Dengan rutin harian yang sibuk dengan kerja, Mira Filzah ingin fokus kepada kerjaya dahulu memandangkan dirinya baru sahaja menapak dalam dunia lakonan.
Amboii.. gigih betul sampai hantar resume. Nak kahwin sekarang macam dah nak mintak kerja pulak. Macam-macam ragam manusia sekarang ni !
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Lisa Surihani Tidak Tolak Untuk Berhenti Berlakon
Next →
Kontroversi Percutian Ruhainies Dan Fattah Amin, Sherry Ibrahim Dituduh Cemburu