← Back to list
Lisa Surihani Tidak Tolak Untuk Berhenti Berlakon
Mar 24, 2016

Oleh Feyra Nasrom Sumber Malaysian Digest Kredit Foto IG @yusrykru
Perkahwinan merupakan satu fasa besar dalam hidup dan pasti akan dialami oleh semua orang. Komitmen serta tanggungjawab akan lebih mencabar apabila hadirnya cahaya mata. Pelakon , Lisa Surihani memberi kenyataan baru bahawa dirinya tidak menolak kemungkinan untuk bersara daripada industri hiburan. Menurutnya, sejak kehadiran Yahaira Leanne, segalanya berubah dan keutamaan beliau sekarang adalah anak.
"Sejak ada anak, segalanya berubah. Jika dulu keutamaan saya berbeza, sekarang it’s all about her (semuanya tentang dia). Mengenai kerjaya lakonan, saya terbuka untuk perlahankan aktiviti lakonan agar dapat luangkan masa dengan anak”

Tambahnya lagi, jika diberi pilihan antara kerjaya dan anak, sudah pasti beliau akan tinggalkan dunia lakonan dan jalankan tanggungjawab seorang ibu sepenuh masa.
Namun, jangkaan untuk meninggalkan dunia lakonan itu tidaklah dibuat secara mendadak, Lisa akan perlahankan aktiviti berlakon dan fokus kepada yang lebih penting. Jika sampai masa, beliau akan kembali aktif berlakon. Buat masa sekarang, anak merupakan keutamaan Lisa berbanding kerjaya.
Lisa Surihani dan Yusry walaubagaimanapun enggan mendedahkan anaknya di media sosial, bahkan mana-mana rancangan tv juga tiada hak untuk menyiarkan kehidupan Yahaira Leanne kepada umum. Baru- baru ini Lisa dan Yusry diberi tawaran dalam satu program tv untuk menceritakan pengalaman mereka sebagai ibubapa, namun mereka tetap dengan pendirian dimana tidak akan mendedahkan Yahaira kepada orang ramai.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Peminat Gurau “Makan Dalam” Buat Yuna Sentap
Next →
Peminat Hantar Resume Lengkap Untuk Pinang Mira Filzah