Sumber: Mstar Oleh: Aimi Nordin
Kecoh sejak awal pagi yang pelakon dan pelawak Acapan sudah peluk Islam berikutan gambar-gambarnya yang tersebar di media sosial di sebuah surau di Salak Tinggi atas jemputan berbuka puasa Ahad lalu.
Bagaimanapun, selepas dihubungi Acapan mengesahkan bahawa dirinya belum lagi memeluk Islam seperti yang digembar gemburkan. Malah, namanya Muhammad Ramadhan juga tidak benar sama sekali.
“Saya belum lagi bersedia untuk memeluk agama Islam, jika sudah bersedia saya akan beritahu kepada semua tentang itu. Saya akui sedang mendalami agama Islam sejak mula berlakon lagi saya suka belajar tentang agama dan berkawan rapat dengan kawan-kawan beragama Islam. Ini merupakan kali pertama saya ke surau atas undangan seorang rakan”
“Tidak salah rasanya saya memenuhi undangan tersebut dan berborak-borak tentang agama. Saya suka agama Islam tapi saya mohon bagi saya masa untuk ke arah itu dan jangan sebarkan berita yang tidak betul.”Hari ini semua jadi kecoh dan keluarga saya juga minta penjelasan berhubung berita ini,” katanya kepada m Star Online mengenai dakwaan itu.
Semoga Acapan istiqomah dalam mempelajari dan mendalami Islam. Amin
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm