← Back to list
Mia Sara Pilih Untuk Berhijab
Jan 12, 2016
Oleh Izzat Ismail
Walaupun baru berusia 11 tahun, pelakon cilik Mia Sara sudah mula melakukan anjakan paradigma dengan mengambil keputusan untuk bertudung sejak pulang dari menunaikan umrah. Perkara ini disahkan sendiri oleh bapa Mia iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad yang gembira dengan keputusan tersebut malah perkara tersebut turut telah mendapat sokongan baik daripada ahli keluarga.
Dalam pada itu, Ridhuan turut berharap agar Mia tidak dicemuh memandangkan dia telah mengikat kontrak untuk beberapa drama yang memerlukan dia tidak bertudung. Selain belum akil baligh, dia gembira kerana niat untuk menjadi insan yang lebih baik telah mula diterapkan dan berharap agar Mia lebih istiqamah untuk melalui proses pembelajaran ini.
Bukan itu saja, bapa kepada pelakon berusia 11 tahun ini tetap percaya dengan rezeki yang telah ditentukan malah sedia menerima apa jua yang berlaku dengan hati yang terbuka.
Mengenai perkembangan semasa, Mia bakal muncul menerusi telefilem
Supergame Boy pada Mac ini selain menjadi duta kepada produk kesihatan. Tidak terhenti disitu, si cilik ini turut telah melangkah kaki ke dalam bidang perniagaan tudung menerusi label miliknya,
MS Couture.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Ayai Malu Berduet Dengan Penyanyi Wanita
Next →
Yuna Beli Kereta Di L.A