← Back to list
Ayai Malu Berduet Dengan Penyanyi Wanita
Jan 12, 2016
Oleh Ina Mohd. Foto kredit IG Ayai
Penyandang juara sebuah program realiti musim pertama, Ayai Ilusi gembira dapat bergabung dengan peserta musim kedua di satu pentas. Menurut Ayai, ini adalah peluang untuk dia mengenali yang tidak pernah bertemu dan bertemu semula dengan rakan-rakan artis yang lain. Ayai akan berduet dengan Amir Ukays pada persembahan di Istana Budaya yang akan bermula 15 Januari 2016 ini.
“Saya baru sahaja terima senarai lagu yang bakal disampaikan dari pihak Astro. Kesemua lagu tersebut saya pernah dengar tetapi belum pernah sampaikan. Jadi ia satu cabaran juga buat saya. Saya perlu menghafal lirik lagu tersebut. Saya akan berduet dengan Amir Ukays dengan lagu Joget Angan Tak SudahMyang dipopularkan oleh Jay Jay. Semua lagi pihak Astro yang tentukan. Lagu-lagu tersebut adalah lagu yang dipinta oleh peminat.
“Pendapat saya, tidak ada istilah untuk overshadow sesiapa kerana semua yang menyanyi pada tiga-tiga malam itu adalah penyanyi yang sejati. Kesemuanya profesional ketika bekerja. Apa yang boleh saya katakan ini adalah gabungan yang amat sihat”, tambah Ayai.
Dalam perkembangan lain Ayai gembira apabila lagu duet bersama Awi Rafael diterima ramai.
“Manusia Sempurna ciptaan Awi Rafael memang membawa tuah kepada saya. Generasi muda sudah mengenali saya. Saya memang mahu bekerja dengan anak muda supaya saya tidak mahu ternampak ketinggalan. Kita perlu ikut muzik masa kini tetapi dalam masa yang sama tidak lupakan muzik yang lama”, katanya yang ditemui di majlis sidang media minggu lalu.
Ayai juga bakal menyiapkan single terbarunya. Namun masih mencari teman duet.
“Saya tengah tunggu dengan penyanyi baru yang mana untuk berduet. Saya pun belum tahu. Cumanya saya harap bukan wanita kerana saya agak gementar kalau berduet dengan wanita. Saya ini pemalu. Jadi kalau berduet dengan penyanyi wanita saya rasa janggal”, cerita Ayai mengakhiri perbualan.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Nora Danish Pilih Untuk Diam
Next →
Yuna Beli Kereta Di L.A