
Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Setelah berkali-kali diaju soalan berkenaan perkahwinannya bersama Nedim, akhirnya pelakon terkenal tanah air, Nora Danish menjelaskan bahawa majlis perkahwinannya bakal diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri nanti. Jelas Nora, tarikh perkahwinan masih belum ada, yang pasti majlis perkahwinan tetap dilangsungkan pada tahun ini.
“Ia memang benda baik yang tidak perlu ditangguh-tangguh lagi.. Apapun yang pasti ia akan berlangsung tahun ini juga,”

Walau bagaimanapun, Nora hanya menginginkan majlis yang sederhana sahaja dan cukup dengan kemeriahan tetamu kesayangan yang datang ke majlis perkahwinan mereka nanti.
Kami dari ERA fm mengucapkan tahniah kepada Nora Danish dan Nedim. Semoga ikatan hubungan pasangan ini kekal sehingga ke akhir hayat.