
Oleh Feyra Nasrom Sumber Utusan
Walaupun sudah diketahui umum, pelakon Mia Ahmad sedang rapat dengan seorang pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Izham Tarmizi, namun Mia tetap menafikan berkenaan hubungan mereka yang dikatakan lebih dari seorang kawan. Kata Mia, dia tidak ingin berterusan bercerita mengenai sesuatu berita yang belum pasti hujung pangkalnya. Setakat ini, Mia hanya melabelkan status dia bersama Izham sekadar teman biasa.
“Kami berkenalan baru setahun, kala ini tiada apa yang serius antara kami. Mungkin disebabkan dia seorang pemain bola sepak, orang memberikan perhatian yang berbeza tentang persahabatan kami,”

Tambah Mia, setakat ini masih belum ada istilah cinta dengan mana-mana lelaki dan jika benar ada hubungan istimewa antara dia dan Izham, Mia pasti akan berterus terang kepada orang ramai kelak.

Sepanjang perkenalannya bersama Izham, Mia akui dia merupakan seorang lelaki yang baik dan senang ketika bersama.