Oleh: Izzat Ismail. Sumber: Murai
Nampaknya ada saja cabaran yang terpaksa ditempuhi oleh pelakon cantik Lana Nordin yang bakal bernikah dengan lelaki bernama David McKienzie yang akan berlangsung pada 15 Mei ini. Selepas dihimpit dengan kontroversi berkenaan gambar pra-perkahwinan yang terlalu intim, Lana terus dikritik oleh peminat di laman sosial.
Ada peminat yang tidak senang dengan perkahwinan tersebut dan tidak kurang ada yang mempertikaikan pemilihan “Mat Salleh” sebagai bakal suami Lana. Diantara salah satu sebabnya kononnya perkahwinan tersebut tidak akan dapat bertahan kerana berbeza budaya.
Lana dalam kenyataanya mengenai perkara tersebut agak kecewa dengan komen yang diberikan oleh peminatnya dan berkata soal jodoh adalah di tangan Tuhan. Dia turut tidak terlalu mahu memikirkan perkara tersebut secara serius dan hanya mengharapkan agar majoriti peminat yang lain mendoakan kebahagian mereka berdua nanti.
Mengenai perkembangan perkahwinannya, buat masa kini dia sedang sibuk mengedarkan kad jemputan selain segala persiapan berjalan lancar.Hanya ada satu dua perkara yang sulit di luar jangkaan seperti prosedur pendaftaran perkahwinan memandangkan David merupakan warganegara luar Negara.
Untuk pengetahuan semua, majlis nikah dan resepsi Lana dan David bakal berlangsung di Palace of Golden Horses.Semoga Lana dan pasangan terus tabah dan sentiasa berfikiran positif sehingga ke jinjang pelamin