Oleh Feyra Nasrom Sumber BH
Pelakon berbakat tanah air, Shaheizy Sam dilaporkan kehilangan berat badan sebanyak 8kg demi menjayakan filem terbaru yang akan datang, Pinjamkan Hatiku.

Menurut Sam, ramai peminat mula khuatir dan bertanyakan perubahan fizikal yang semakin susut mendadak itu. Malah, mereka beranggapan Sam sedang berhadapan dengan sebarang penyakit.
Sam tampil menjelaskan persoalan itu dimana beliau terpaksa turunkan beberapa berat badan demi tuntutan watak dan kerja. Gambar yang dimuat naik ke laman sosial Instagram melihatkan bentuk wajah dan fizikal Sam kelihatan runcing dan semakin susut.

"Ramai yang bertanyakan saya soalan yang lebih kurang sama kebelakangan ini, seperti apakah saya sedang sakit dan kenapa saya terlalu kurus? Tidak kurang juga yang beri kenyataan memohon saya jangan kurus sangat nanti tidak lagi kacak. Sebenarnya, apa yang saya buat ini demi tuntutan watak dan kerja. Alhamdulillah, saya masih sihat"

Tambah Sam, menjadi seorang artis tidak seharusnya selalu tampil hensem,comel dan menarik, penampilan
terbaru ini sebenanrnya mempengaruhi Sam untuk menghayati watak yang diberi. Apa-apa pun, Sam tetap hargai jasa baik peminat yang sentiasa mengambil berat tentang dirinya.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm