Oleh Syazwan Aizad. Sumber mstar
Pengacara dan pelawak popular negara, Zizan Razak telah mengembangkan bidang perniagaan yang diceburi dengan pembukaan kedai serbaneka 24 jam, dikenali sebagai Zizan Mart pada Ogos tahun lalu di Kota Bharu, Kelantan.

Namun, Zizan Mart dikatakan telah ditutup tanpa sebarang notis selepas setahun beroperasi. Ramai tertanya-tanya adakah Zizan Mart sudah gulung tikar?
"Tidak benar Zizan Mart gulung tikar tetapi sebaliknya hanya ditutup buat sementara waktu sahaja.
"Bagaimanapun saya tidak boleh mendedahkan di sini punca keadaan itu tetapi ada beberapa masalah yang timbul," katanya.
Zizan juga telah membuka beberapa cawangan kedai makanan Bugerbyte dan masih beroperasi dengan baik hingga ke hari ini.