
Oleh Feyra Nasrom Sumber HM
Mantan suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan redha dengan keputusan yang telah di putuskan dan menganggap bayaran nafkah tertunggak sebanyak RM 68530 itu sudah rezeki buat Rita Rudaini.
Rita sebelum ini menuntut mutaah sebanyak RM 300000 namun dibantah oleh Aidil dan dikehendaki membayar hanya sebanyak RM30000.
Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini.
Aidil bagaimanapun harus membayar jumlah nafkah tersebut dalam masa 45 hari. Pasangan ini berkahwin pada 25 Februari 2008 dan bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,7 dan Airit Qaqa Arjuna 5.