Oleh Aimi Nordin.
Sekarang ini heboh diperkatakan mengenai Ronnie yang disingkirkan daripada kumpulan Hyper Act. Kini timbul pula isu lain di mana Ronnie tidak dibenarkan lagi untuk menyanyikan mana –mana lagu daripada Hyper Act.
Kami sempat bertanya kepada semua ahli Hyper Act mengenai isu ini dan mereka tidak ada sebarang masalah jika Ronnie ingin menyanyikanlagu Hyper Act kerana dia adalah penyanyi asal lagu tersebut. Salah seorang ahli kumpulan Hyper Act, Toi berkata, “Kalau dia malu mungkin dia tak akan menyanyi lah.”
Tidak ingin pisang berbuah dua kali banyak pengajaran yang mereka dapat daripada apa yang terjadi kepada kumpulan ini. Bagi mereka setiap pekerjaan itu bukan bersandarkan kepada
friendship semata-mata. Setiap ahli kumpulan harus tahu etika apabila bergerak secara berkumpulan dan mereka berharap bakal vokalis baru boleh memberikan kerjasama dan bukan sekadar boleh menyanyi sahaja.
Dalam kenyataan mereka lagi isu bayaran sebanyak 30% daripada persembahan solo Ronnie masih lagi belum selesai walaupun telah berjumpa secara depan-depan kerana Ronnie seakan mahu melarikan diri daripada berbincang mengenai isu bayaran tersebut. Mereka mendedahkan Ronnie telah lama melakukan perkara ini cuma mereka memutuskan untuk keluarkan Ronnie untuk mengelakkan hal sebegini berlaku lagi.
Walaupun dengan ketiadaan vokalis, mereka masih mengharapkan peminat masih lagi memberi semangat dan galakan kepada mereka dan mereka terima jika ada peminat di luar sana yang akan membandingkan Ronnie dengan vokalis baru nanti.