← Back to list
Hairul Kini Lebih Fokus Dengan Perniagaan
Jan 12, 2016
Oleh Izzat Ismail. Sumber Mstar
Selepas berkahwin nama pelakon kacak iaitu Hairul Azreen seakan-akan sedikit sepi dari dunia lakonan sekaligus ada pihak mendakwa yang dia sudah tidak mahu lagi terlibat dengan dunia lakonan. Perkara ini dinafikan sendiri oleh Hairul Azreen sambil memaklumkan dia kini sedang memberi fokus terhadap empat bidang perniagaan yang dijalankan.
Bukan itu saja, suami kepada Hanis Zalikha ini turut terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon kerana terlalu sibuk dengan perniagaan yang sedang meningkat naik. Dalam pada itu, Hairul turut bertindak menjelaskan perkara ini kerana tidak mahu disalah anggap oleh sesetengah pihak produksi selain berharap agar tiada pihak yang berkecil hati dengannya.
Mengenai perkembangan semasa pula, Hairul semakin bersemangat untuk terus maju didalam perniagaan selepas empat jenis perniagaan iaitu stesen permainan
Captain VR , studio penggambaran, jualan kemeja T,
dan jualan tudung Hanis,
Cakenis telah mendapat permintaan yang tinggi dari peminat semua.
Wah, diharapkan agar semua perkara yang dilakukan oleh Hairul dan Hanis akan sentiasa dipermudahkan dan mesti mereka turut teruja untuk menimang cahaya mata sulung kelak.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Mia Sara Pilih Untuk Berhijab
Next →
Yuna Beli Kereta Di L.A