Oleh Feyra Nasrom. Sumber carian IG #hafizeffywedding2016
Barakallah buat pengantin baru, dengan sekali lafaz berserta Mas kahwin sebanyak RM120, Hafiz Suip sah bergelar suami kepada Nureffy . Majlis Akad nikah diadakan di kediaman pengantin perempuan seawal jam 11 pagi tadi.
on
Hafiz dinikahkan oleh Ustaz Kasdinata Haji Fauzi dan majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran rakan artis dan sanak saudara kedua belah pihak pengantin perempuan dan lelaki. Kami dari ERA fm mengucapkan tahniah kepada Hafiz dan isteri dan selamat menjalani kehidupan suami isteri selepas ini.