
Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @fashasandha
Beberapa hari ini kecoh di portal hiburan mengenai Fasha dan juga bekas suami Jejai yang dikatakan masih mengawal pergerakan Fasha walaupun sudah lama bercerai. Fasha membuat aduan memberitahu bahawa dirinya sering diganggu tetapi dakwaan tersebut di tangkis sama sekali oleh Jejai. Namun semalam, Fasha ada memuat naik gambar serta kapsyen yang berbaur sindiran terhadap bekas suaminya itu. Berikut merupakan kata-kata Fasha di instagram:
Jangan lupa, kaya atau miskin, tetap masuk kubur yang sama, tiada bezanya. Jadi jangan lupa, negara ada undang2, tak kira untuk yang kaya mahupun yang miskin. Kaya, pangkat darjat sekalipun, kalau salah,tetap salah. Jadi tak perlu cuba menidakkan perkara yang tetap salah daripada hukuman dan undang2.
Sekiranya ‘berjaya’ menggunakan pangkat dan darjat untuk perkara yang semestinya salah, maka beringatlah, Allah ada, Allah lebih mengetahui dan Allah Maha adil, maka terimalah hukuman yang setimpal daripada Allah yang maha Esa di akhirat kelak.. Renung2 kan, alam Subuh
Apa-apa pun samaada benar atau tidak status ini ditujukan kepada Jejai, diharap kedua-dua pihak dapat menyelesaikan masalah ini dengan baik.