
Oleh Feyra Nasrom Sumber media hiburan
Pelakon kacak tanah air, Aeril Zafril atau nama sebenar Suhairil Sunari, 28 menyatakan bahawa dia dan isteri Wawa Zainal tidak terlalu suka mendedahkan gambar anak di media sosial. Kata Aeril tujuan utama memuat naik gambar anak adalah atas dasar peribadi sendiri dan kadang-kadang berkongsi disebabkan terlalu ramai peminat yang meminta untuk melihat wajah anak mereka.

Sudah menjadi pasti, ada sebab-sebab tertentu yang membuatkan mereka tidak ingin terlalu menonjolkan anak mereka. Di tanya mengenai perkembangan isteri, Wawa kembali aktif berlakon selepas dirinya habis berpantang dan Aeril tidak pernah menghalang isteri untuk terus berlakon asalkan tahu menjaga batas dan maruah.