← Back to list
Cikgu Aishah Tangguh Pengajian Demi Cita-Cita Menjadi Pelakon
Mar 01, 2016

Pelakon yang semakin meningkat naik, Puteri Aishah memberitahu dia ingin menangguhkan hasratnya untuk menyambung pengajian dalam bidang perguruan kerana ingin memberikan sepenuh perhatian terhadap bidang seni.
Puteri Aishah Sulaiman 22, yang bakatnya dicungkil dari platform Dewi Remaja 2015 berkata dia ingin menggunakan kelebihan tersebut untuk menceburkan diri dalam bidang lakonan. Pelakon ini mempunyai niat untuk menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pendidikan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua(TESL) selepas menamatkan pengajian dalam bidang diploma tetapi dia mahu menceburkan diri dalam bidang seni terlebih dahulu.
Aishah berkata dia akan kembali semula menyambung pengajiannya dalam tempoh kurang lima tahun. Aishah kini sedang mengikuti proses pembelajaran bidang lakonan berikutan terdapat segelintir pihak yang berasa sangsi dengan kemampuannya. Selain itu, Aishah juga banyak bertanya dan meminta tunjuk ajar dari pelakon berpengalaman.

Nama Aishah mula disebut-sebut selepas gambarnya yang sedang mengajar anak murid di sebuah sekolah tahun lalu menjadi viral. Kami doakan semoga Aishah Berjaya dalam bidang seni ini yang diminati ini.
Summer dari Mstar Online
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Paknil Goes To Hollywood, Buktikan Aznil Sebagai Hos Rancangan Terbaik
Next →
Kisah Perjalanan Hidup Syafie Naswip, Menyentuh Perasaan Netizen