← Back to list
Che Ta Idam Beli Rumah Di London
Jan 13, 2016

Oleh Izzat Ismail. Sumber BHOnline
Nampaknya semakin ramai golongan selebriti menjadikan bidang hartanah sebagai cabang karier terbaru selepas bidang seni. Selepas Maya Karin, Che Ta turut meluahkan hasrat untuk menceburi bidang tersebut dengan merancang untuk membeli hartanah di London.
Bukan itu saja, Che Ta turut bersemangat untuk membeli rumah di sana kerana selalu ke luar negara bagi urusan keluarga dan bersantai. Selain meninjau beberapa pangsapuri, isteri kepada Zain Saidin ini turut tidak mahu tergesa-gesa membuat pembelian kerana urusan pembelian haruslah meliputi pelbagai aspek termasuk potensi jangka panjang.
Sejak setahun lalu, Che Ta sudah memikirkan perkara ini setelah selalu berkunjung ke Kota London. Menetapkan tempoh selama setahun untuk merealisasikan impiannya, nampaknya pelakon wanita ini mempunyai misi di dalam kehidupannya masa depan sekaligus menambahkan lagi aset beliau.
Semoga impian menjadi kenyataan seterusnya membakar semangat insan lain untuk turut berjaya memiliki hartanah di luar negara.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Nubhan Redha Dengan Ketentuan Ilahi
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha