← Back to list
Angelina Jolie Dan Brad Pitt Ambil Anak Angkat Lagi
Jan 19, 2016

Oleh Ina Mohd. Sumber EH!
Pasangan popular ini memang terkenal dengan pengambilan anak angkat. Sebelum ini mereka telah mempunyai tiga orang anak angkat yang berasal daripada Kemboja, Vietnam dan Ethiopia. Terbaru bayi lelaki yang diberi nama Allouy bakal menjadi ahli keluarga Angelina Jolie dan Brad Pitt.Allouy bayi berusia 16 bulan berasal dari Kemboja ini merupakan anak angkat keempat kedua pasangan tersebut.
Hasil daripada perkahwinan mereka, mereka turut dikurniakan tiga orang anak iaitu Shiloh Nouvel, Know Leon dan Viviene Marcheline. Apa yang menariknya, Angelina berjanji untuk menyara keluarga bayi tersebut. Angelina tidak dapat sanggup melihat kesusahan yang dihadapi keluarga tersebut yang mempunyai 13 orang anak.
Angelina terdetik mahu mengambil Allouy sebagai anak angkat ketika dia mengarah sebuah filem di Siem Reap. Sekarang mereka dalam proses untuk membawa Allouy ke dalam keluarga besar mereka. Nampak gayanya tambah ahli keluarga baru. Pasangan ini memang gemar menjaga anak-anak seperti itu. Murni sungguh hati mereka.
Perkembangan lain, Angelina sedang mempromosikan filem terbaru Kung Fu Panda 3. Angelina membawakan watak Tigress. Filem tersebut akan berada di pawagam berhampiran pada 29 Januari 2016.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Zizan Razak Akrab Dengan Bekas Isteri Eizlan Yusof, Vie Santi?
Next →
6 Perkara Yang Anda Tidak Tahu Di Sebalik Penggambaran Filem Redha