← Back to list
Amyra Rosli Tidak Senang Dengan Emma Maembong?
Jan 06, 2016
Oleh Izzat Ismail
Sebelum ini sebut saja nama Amyra Rosli sudah tentu nama Amar Baharin akan turut muncul didalam minda anda bukan? Tetapi selepas beberapa ketika nampaknya nama Amar Baharin kembali menjadi sebutan tetapi dengan gandingan baru iaitu Emma Maembong.
Semuanya terjadi selepas peminat dikatakan gembira melihat gandingan kedua dua pelakon ini menerusi drama yang menemui penonton baru-baru ini. Perkara ini sekaligus menimbulkan khabar angin yang kononnya Amyra Rosli mula cemburu dengan perkara tersebut dan mula bermasam muka dengan pelakon wanita yang berasal dari Terengganu itu.
Amyra dalam pada itu turut terkejut dengan dakwaan tersebut sambil menyifatkan ianya adalah tidak benar. Bukan itu saja, pelakon ini turut menjelaskan dia dan Emma berkawan baik dan gosip ini merupakan khabar angin yang paling kelakar pernah didengarnya.
Selain gembira dengan gandingan tersebut, pelakon ini turut bangga dengan kemajuan bakat lakonan Amar yang semakin matang dan mampu berada di peringkat yang lebih tinggi kelak. Di laman sosial pula para peminat kedua dua aktor ini masih berharap agar hubungan kedua dua mereka akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin.
*Layan ERA fm menerusi dengar.era.fm
← Previous
Hubungan Cinta Sharnaaz Ahmad Berantakan?
Next →
Erin Malek Sudah Berhijab?