
Oleh Ina Mohd. Sumber IG Amy
Siapa tidak berang kalau hasil jerit perih digunakan oleh orang lain. Paling mengecewakan apabila itu satu kesalahan di mana, mereka-mereka ini mencetak rompak barang jualan atau merchandise. Amy Search telah memuat naik gambar yang mana merchandise untuk konsert yang bakal berlangsung 30 Ogos ini telah dicetak rompak. Paling mengejutkan dijual di konsert Ella Sabtu lalu.
“Mamat ni jual merchandising Search kt blakang bonet keta je kt konsert Ella, stadium shah alam tdi. Mencetak hak cipta org tnpa izin sama seperti mencuri. Sngt salah di sisi undang2 dn di sisi agama. Hasil nya Haram. Tk respect lansung. Berpuluh thn kite berkempen psl citak rompak tpi malang nya bangsa kite sendiri rompak.
“Dgn rasa gembira dn tnpa rasa bersalah mencetak hakcipta Search tnpa izin tdi kt stadium shah alam tdi. Kite org dh 35thn dlm industri ni, pls give us some respect.
Bukan itu sahaja, tidak berhenti di situ. Banyak rupanya. Kenapalah anda lakukan semua ini? Banyak lagi pekerjaan lain boleh dibuat. Kalau betul-betul hendak menjual barangan Search, boleh terus melalui pihak pengurusan. Mungkin mereka ada cara yang lebih baik.
“Sngt memalukn yg curi hasil seni kite org bdk johor gak. Ini sema basic rule, kt umah masa kecik2 pn makbapak kite pesan jgn amik barang org tnpa izin sbab tnpa izin tu sama seperti mencuri. Kalau lu respect ini band Search tentu lu tkn bikin cmni. Cukup2 lah, pelayaran kite org dh hmpir di penghujung. Berpuluh thn hasil seni kite org di rompak bangsa asing tpi hari ni bangsa kite sendiri yg rompak.

Jadi, sebolehnya anda semua janganlah buat perkara sebegini. Beri rasa hormat kepada mereka yang telah berada lama dalam industri. Ini bukan hanya barangan seperti yang Amy tunjukkan. Tetapi yang lain seperti cd cetak rompak, yang kita tidak tahu. Guna atau buatlah secara yang sah.