
Oleh Feyra Nasrom Sumber IG @annaseaskey
Sudah pasti ramai yang tahu pelakon, Rozita Che Wan terkenal dengan gaya penampilan yang mewah dan anggun setiap kali diri melancong ke luar negara. Agaknya Perbelanjaan untuk baju dan aksesori Che Ta ni berapa la ek? fuh dasyat!
Setiap kali melancong, Che Ta dan sekeluarga pasti mengenakan warna pakaian yang sama dan boleh dikatakan satu hari untuk satu warna pakaian sahaja.
Baru-baru ini kami ada ternampak satu foto Rozita che Wan yang dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial instagram , annaseaskey dengan kapsyen yang mengatakan " tak sia-sia Che Ta bawa 20 luggage, beg tangan sahaja dah 4"
Lihat sahaja pakaian yang digayakan ada logik akalnya sampai berpuluh puluh beg dibawa bersama. Tidak hairanlah jika Che Ta sanggup membawa 20 luggage bersama, tiada masalah baginya asalkan dapat bergaya seperti yang diinginkan.
